Wednesday, 13 November 2013

Mesin ATM maya - revolusi dalam cara berbelanja masa hadapan

VANCOUVER – Tiga orang usahawan muda di Kanada telah menghasilkan mesin automatik untuk menukarkan sebarang wang kertas dengan duit yang boleh digunakan untuk traksaksi di internet.Mesin itu yang dikenali sebagai Bitcoin adalah yang pertama di dunia. Ia digunakan yang kemudian dihantar ke Vancouver di barat Kanada oleh sebuah syarikat pengeluar mesin tersebut di Amerika Syarikat (AS), Robocoin.

Mesin itu diletakkan di dinding sebuah kedai kopi popular dan menyerupai sebuah Mesin Teler Automatik (ATM).Bagaimanapun, selain mampu melakukan urus niaga tunai, ia juga mampu menukarkan mata wang Kanada dengan duit maya yang digunakan dalam dunia internet.Duit itu mula dicipta pada tahun 2008 oleh seorang saintis komputer yang hanya dikenali dengan nama samaran Satoshi Nakamoto.Beberapa orang pelanggan mula beratur panjang kelmarin untuk menggunakan mesin ATM itu dan kemudian menggunakan telefon pintar mereka untuk membeli air kopi dan mufin di kedai kopi Waves.


“Mesin ATM ini adalah yang pertama di dunia,” kata pengasasnya, Mitchel Demeter.
Demeter merupakan seorang usahawan tempatan yang memulakan perdagangan mata wang elektronik beberapa tahun lalu.Dia dan rakan-rakannya yang pernah belajar bersama berkata, mereka melihat mesin ATM sebagai sebuah peluang perniagaan.“Tiada orang memiliki mesin ATM. Semua orang hanya melakukan pembelian dan penjualan di dalam laman web sahaja,” kata Demeter.

Para pelanggan akan menggunakan nombor pengenalan peribadi untuk mengakses akaun mereka di mesin duit maya itu.Pelanggan-pelanggan itu akan memasukkan wang kertas ke dalam mesin tersebut yang akan menukarkannya ke dalam bentuk mata wang maya yang akan dimasukkan ke dalam telefon bimbit menerusi kaedah pengimbas.Para pengguna kemudian akan membelanjakan duit maya itu dengan menggunakan telefon bimbit iaitu cara yang sama kad kredit digunakan. – AFP

Tuesday, 12 November 2013

Apabila salah binaan...



 Perlu memanjat untuk mengeluarkan wang di mesin ATM



Perlu duduk untuk mengeluarkan wang di mesin ATM



 Balkoni di dinding..tiada pintu



 Laluan tangga tapi tiada pintu (keluar dari tingkap..)



Papan gelongsor dan tersedia lubang di akhirnya



Tangga tetapi tiada pintu



Pintu tetapi di tingkat 2..tiada tangga untuk turun ke bawah



Monday, 11 November 2013

Lamborghini dari Kertas & Kadbod





 


Seorang pereka yang berpangkalan di Seattle, Taras Lesko telah menghabiskan masa selama beberapa bulan untuk membina replika yang hampir sama saiz dengan model kereta popular Lamborghini Aventador hanya menggunakan kertas percetakan dan kadbod.
 
 
Dinamakan Lamborghini Aventador A-E2 (selepas seni bina helaian kertas E2 yangdigunakan untuk percetakan), ciptaan Taras Lesko ini berukuran 244 x 115 x 63cm dan kinidipasang di dinding di rumahnya. Hanya untuk mendapatkan idea tentang bagaimana prosesamat kompleks pembinaan model itu, lihat beberapa bahagian bercetak sebelum ia dipasang.
 
Menggunakan kemahiran reka bentuk itu, artis yang berpangkalan di Seattle ini mencipta semua bahagian yang diperlukan dalam program-program komputer seperti AdobePhotoshop, Illustrator dan efek, dicetak pada beratus-ratus helaian kertas dan menggunakan pisau pemotong tepat X-acto untuk memotong merekanya. Untuk memastikan kertas modelAventador ini adalah cukup kukuh untuk bergerak, Lesko digunakan serpai tebal sebagai bingkai untuk kenderaan ultra-ringan yang mempunyai berat hanya 11.3 kilogram. 

Kucing yang Mencetuskan Fenomena di China

 
Berasal dari Wilayah Sichuan, Snoopybabe adalah satu spesies kacukan kucing Amerika berbulu pendek dengan kucing parsi, yang telah menyebabkan keributan pada dunia internet China dengan ramai yang memuji akan kecomelan dan matanya yang berwana perang serta pakaian yang menarik.


Pemiliknya , Cik Ning mula menyiarkan gambar-gambar Snoopybabe untuk tatapan rakan-rakannya. Dia tidak pernah menduga gambar-gambar itu mendapat perhatian yang besar oleh masyarakat China. 


7 hari sebelum wafatnya Rasulullah saw



Minggu, 4 Rabi'ul Awwal 11 H (Seminggu sebelum wafat)

Rasulullah baru saja kembali dari ziarah maqam para sahabat (baqi '), ketika Jibril menemui Beliau dan mengajukan dua pilihan. Apakah Rasulullah menginginkan dunia dan segala isi kandungannya, atau bertemu Allah SWT? Dan Rasulullah Saw memilih pilihan kedua.

Setibanya di rumah, Aisyah ra. menyambut Rasulullah seraya berkata: "Wahai Rasul, kepalaku pusing". Rasulullah-pun tersenyum, "Demi Allah wahai isteriku, kepalaku juga pusing sekali". Lalu Rasulullah bertanya kepada Aisyah sambil bersendagurau, "Apa yang menjadi beban fikiran, bila engkau meninggal duluan sebelum aku?"

Sambil bersenda mesra Aisyah menjawab, "Demi Allah, jika demikian wahai Rasulullah, Engkau tinggal kembali ke isteri-isterimu yang lain". Rasulullah tersenyum mendengar jawapan Aisyah, dan Beliau tidur pada malam itu dalam keadaan sakit. Inilah permulaan sakit Rasulullah yang menyebabkan wafatnya beliau.


Rabu, 7 Rabi'ul Awwal 11 H (Lima hari sebelum wafat)

Seperti biasa Rasulullah mengunjungi isteri-isterinya secara bergilir. Dan setibanya di rumah Maimunah ra, sakit Beliau tiba-tiba bertambah parah. Lalu Rasulullah memanggil isteri-isterinya untuk berkumpul, lalu meminta izin agar boleh dirawat di rumah Aisyah ra. Keadaan Rasulullah semakin parah, beliau terpaksa dipapah oleh Fadhil bin 'Abbas dan Ali bin Abi Talib menuju ke rumah Aisyah, sedang kedua kaki Beliau sudah tidak boleh menapak tanah.


Khamis, 8 Rabi'ul Awwal 11 H (Empat hari sebelum wafat)

Rasulullah meminta dibawakan untuknya tujuh bejana berisi air dari tujuh telaga yang berbeza. Dalam posisi duduk, Rasulullah dimandikan dengan air tersebut. Kerana merasa pusingnya agak berkurang, Rasulullah keluar dan berkhutbah di hadapan umatnya. Dan pada hari itu juga, Rasulullah masih sempat solat maghrib berjamaah bersama para sahabat.

Itu merupakan khutbah terakhir Rasulullah, dan solat terakhir beliau bersama para sahabat dan pengikutnya.


Minggu, 11 Rabi'ul Awwal 11 H (Satu hari menjelang wafat)

Rasulullah membebaskan semua hamba sahayanya, dan menghebahkan seluruh peralatan perangnya kepada kaum muslimin. Tidak ada yang tersisa dari harta Beliau kecuali disedekahkan semuanya.


Isnin pagi, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)

Ketika kaum muslimin sedang menunaikan solat subuh berjemaah, dan Abu Bakar ra bertindak sebagai imam. Rasulullah membuka pintu rumahnya yang bersebelahan dengan jamaah solat. Rasulullah tersenyum melihat para sahabatnya mendirikan solat. Beliau teringat perjuangan menyebarkan Islam yang telah beliau tempuh bersama para sahabatnya itu selama 23 tahun.

Abu Bakar dan sebahagian jamaah sedar kalau Rasulullah sedang memperhatikan mereka di depan pintu rumahnya. Nyaris saja Abu Bakar melangkah mundur sebagai isyarat agar Rasulullah mengimami mereka, namun Rasulullah berkata, "Teruskan solat kalian .." Rasulullah tersenyum dan menutup kembali pintu rumahnya.

Itu adalah kali terakhir para sahabat melihat Rasulullah sebelum beliau wafat. Dan juga kali terakhir Rasulullah melihat para sahabat, dan saat itu mereka dalam keadaan sedang solat.


Isnin, waktu dhuha, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)

Fatimah ra., Puteri Rasulullah saw mendatangi beliau, dan duduk di sebelah kanan Rasulullah. "Selamat datang wahai puteriku" Sapa Rasulullah. Lalu beliau membisikkan sesuatu kepada Fatimah, seketika Fatimah menangis. Rasulullah membisikkan untuk kedua kalinya, dan seketika itu pula Fatimah tertawa.

"Apa yang dikatakan Rasulullah saw kepada kamu?" Tanya Aisyah ra.

"Pertama, Rasulullah membisikkan kepadaku; 'Bahawa Malaikat Jibril biasanya menemuinya sekali dalam setahun untuk membacakan ayat-ayat Al-Qur'an. Namun, tahun ini Jibril dua kali menemuinya. Ini mungkin petanda ajalnya sudah dekat '. Makanya aku menangis ". Jawab Fatimah Ra.

Lalu Fatimah melanjutkan, "Yang kedua, Rasulullah menanyakan, 'Apa kamu bersedia menjadi yang pertama dari keluargaku yang akan melanjutkan perjuanganku? Atau bersediakah engkau menjadi 'Ibu bagi orang-orang yang beriman' (ummahatulmukminin)? '. Dan aku tertawa haru mendengar soalan itu ", tuntas Fatimah ra.

Ini adalah dialog terakhir antara Rasulullah dengan putri tercintanya Fatimah Ra.


Isnin, saat-saat wafatnya Rasulullah, 12 Rabi'ul Awwal 11 H

Di saat-saat terakhir, datang Abdurrahman bin Abu Bakar (Abang dari Aisyah ra) dan ia membawa siwak (kayu yang biasa digunakan untuk membersihkan gigi). Aisyah melihat Rasulullah memperhatikan siwak tersebut, dan lewat isyarat isterinya tahu Beliau seperti ingin bersiwak ketika itu. Lalu Rasulullah duduk bersandar di pangkuan Abdul Rahman. Aisyah ra. langsung tanggap dan meminta siwak dari Abdurrahman agar diberikan kepada Rasulullah, dan bersiwak adalah pekerjaan Rasulullah yang terakhir sebelum menemui ajal.

Setelah selesai bersugi, Rasulullah memandang ke atas, dan bibir beliau berkomat-kamit pelan hingga Aisyah ra mendekatkan wajahnya dan mendengar Rasulullah berdo'a;


مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين, أللهم اغفرلي وارحمني والحقني بالرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..


Ertinya:

"Sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri nikmat dari golongan para Nabi, orang-orang yang jujur, para syuhada dan para shalihin. Wahai Allah, ampunilah dosaku, sayangilah aku, dan pertemukan aku dengan-Mu (Kekasihku Yang Maha Tinggi). Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi ..


Setelah membaca kalimat di atas, Rasulullah membasuh wajahnya dengan air yang terdapat di sisi beliau, dan kembali melafadhkan;


إن للموت لسكرات .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..


Ertinya:

"Sesungguhnya kematian itu akan menghadapi 'sakaratulmaut', Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. "

Pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita.
Lalu Rasululllah-pun menghembuskan nafas terakhirnya ..


Anas bin Malik mengisahkan, "Tiada hari yang paling indah dan cerah selain hari kedatangan Rasulullah saw. ke Madinah. Dan tiada hari yang lebih mendung dan muram daripada hari ketika Rasulullah saw. wafat di Madinah ".

Kura-kura Berkaki Roda Lego



Di Jerman, seekor kura-kura bernama Schildi yang kakinya telah dipotong diberi roda LEGO untuk menggantikan kakinya.

Ketika ditinggalkan oleh pemiliknya, binatang itu dalam keadaan yang sangat buruk, bahagian bawah kaki depannya sudah hilang dan ulat telah memakan bahagian atas.

 

 Dr Panagiotis terpaksa memotong kaki kura-kura itu dan mencari cara altenatif iaitu dengan menggantikan kaki kura-kura itu dengan roda lego. Dengan roda lego menggantikan salah satu kakinya itu, kini kura-kura itu boleh berjalan semula.

Sunday, 10 November 2013

Laman Web Rasmi Singapura Digodam



 


SINGAPURA - Laman web Pejabat Perdana Menteri Singapura (PMO) Lee Hsien Loong dan Istana digodam semalam dan hari ini oleh anggota kumpulan aktivis 'Anonymous'.
  
Penggodaman terbaru itu berlaku selepas Lee berikrar pihak berkuasa tidak akan menghentikan usaha mengheret dalang yang 'melancarkan perang siber' di negara itu ke muka pengadilan.
 
Peringatan itu dikeluarkan selepas satu video dimuat naik ke YouTube memberi amaran akan melancarkan perang siber ke atas pihak berkuasa Singapura.
  
Dalam kenyataan hari ini, Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm (IDA) berkata: Carian 'subpage' laman web PMO dan Istana terjejas masing-masing pada Khamis pukul 11.17 malam dan Jumaat pada 12.20 pagi.    
  
Menurutnya subpage telah diceroboh apabila ia memaparkan halaman daripada sumber lain.
 
 
Menurut IDA, kelemahan pada sistem komputer ini dikenali sebagai 'cross-site scripting'.
  
Memberitahu perkara itu kini dalam siasatan, IDA menyatakan laman web PMO dan Istana masih beroperasi, dan "kami akan memulihkan semula halaman yang diceroboh secepat mungkin".
  
IDA berkata ia akan terus meningkatkan tahap keselamatan semua laman web kerajaan.
  
Ini termasuk melakukan pemeriksaan dan memulihkan serta mengatasi kelemahan pada sistem komputer dan perisian. 
  
Ia kini dalam proses pelaksanaan dan pengunjung ke laman web kerajaan mungkin menghadapi masalah untuk akses, bagaimanapun masalah itu akan diselesaikan dengan segera, menurut IDA. - Bernama

Relationship...


Saturday, 9 November 2013

Pemandangan yang Mendamaikan Jiwa

 
Hmm..dapat pun..malam tadi, sampai pukul 2.30 pagi saya cuba memuatnaik gambar pemandangan ni...bila melihat gambar pemandangan sebegini..hati saya selalu terdetik..di manakah lokasinya, dan adakah suatu hari nanti saya akan mampu ke sana..
 
Percaya atau tidak..dahulu saya pernah ternampak satu gambar pemandangan sungai berbatu hijau...saya agak pelik dan tertanya-tanya tetapi amat menyukainya..saya letak gambar tersebut di atas meja kerja saya..hasilnya, pada lawatan saya ke Indonesia hujung bulan Oktober 2013, saya terjumpa sungai tersebut di kawasan air panas Ciater, Bandung...betapa gembiranya hati saya kerana setelah 10 tahun, saya berpeluang menyaksikan sendiri kehebatan ciptaan Ilahi ini..
 
 

 


 


 

 

 

Keperluan berzikir








Firman Allah (Maksudnya):

"Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan (meninggikan) suara di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai." (Al-A'raf: 205)

Hadis Nabi saw :

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah menjelaskan kepada kita semua dalam sebuah hadis yang mulia, dari Al-Harits Al-Asy'ari, beliau menceritakan bahawa Nabi Zakaria menyampaikan lima perintah Allah kepada Bani Israel, yang di antaranya:

"Dan Allah memerintahkan kamu untuk berzikir kepada Allah. Sesungguhnya permisalan perkara itu adalah seperti seseorang yang dikejar musuh di belakangnya dengan sangat pantas, sehingga ketika orang itu mendatangi suatu benteng (dinding) yang kukuh, kemudian dia menjaga dirinya dari musuh tersebut.

Begitulah demikiannya seseorang hamba yang tidak dapat menjaga dirinya dari syaitan kecuali dengan berzikir kepada Allah."

(Hadis riwayat At-Tirmizi, An-Nasa`i dan lainnya, disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat-Tarhib, no: 552)

 


Kelebihan Menuntut Ilmu


 


 
Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."


"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)

Friday, 8 November 2013

Surat Cinta Lucu

London: Surat cinta seorang kanak-kanak lelaki menjadi sensasi di Internet selepas ‘kekasih hatinya’ itu memberi tindak balas cukup pragmatik.
 
Surat budak itu yang dimuat naik ke Reddit kelmarin berbunyi: “Kepada Ashley sudikah anda menjadi teman wanita saya? Saya sangat sukakan anda.” Dia kemudian memberikan tiga pilihan ‘ya, tidak dan mungkin’ dengan meminta Ashley memilih salah satu daripadanya.
 
Ashley membulatkan perkataan ‘tidak’ dan menjawab dia tidak dapat menjadi kekasih budak itu kerana sudah mempunyai teman lelaki bernama Kyle.


Bagaimanapun, lebih menarik lagi Ashley turut menambah kanak-kanak itu akan menjadi pilihannya untuk apabila dia dan Kyle memutuskan hubungan satu hari nanti.
 
“Itu mungkin berlaku dalam sebulan atau dua lagi,” katanya mengakhiri surat itu.
 
Surat cinta monyet itu menjadi popular sebaik dimuat naik ke Reddit, semalam dengan lebih 1.25 juta pembaca setakat ini. – Agensi

Thursday, 7 November 2013

Kewujudan Melayu Atheist..


Hari ini saya menerima link kepada sebuah blog yang sangat memeranjatkan...dalam blog milik anak-anak Melayu tersebut, dengan bangga mereka mengaku telah murtad dari Islam dan menjadi Atheist (tidak mempercayai kewujudan Tuhan)..

http://melayuatheist.blogspot.com/

http://mulhidmelayu.blogspot.com/

http://melayucurious.blogspot.com/

Lab Exercise 2

 Lab Exercise 2

Lab Exercise 1


Lab Exercise 1

Law of Attraction



Salam pagi Jumaat..semoga hari ini kita dilimpahi berkah dan rahmat dari Allah swt..

Semalam semasa minum petang, saya berbual dengan pakar imej tentang law of attraction sebab dia adalah pengamal tegar selama 8 tahun ni...saya dapati, idea utama law of attraction ialah mengubah cara pandangan kita terhadap masalah dan jadikan impian hidup satu kenyataan..sentiasa positifkan diri..




Bengkel Protokol & Ketrampilan

Hari kedua menulis blog..hmm..kita mulakan dengan aktiviti hari ini...

Hari ini hari kedua bengkel protokol..banyak rupanya yg masih saya tidak faham mengenai protokol terutamanya protokol semasa fine dining iaitu cara memegang garfu, pisau dan gelas, jenis-jenis gelas untuk air suam, jus sehinggalah mengenali gelas untuk menghidangkan arak..

 

Hmm...ni sangat menarik sebab walaupun air tu putih, jangan sangka air suam tetapi ianya adalah arak jenis vodka..kemudian, jangan ambil bila pelayan menyatakan itu adalah cocktail kerana cocktail adalah arak juga..istilah untuk cocktail yang biasa kita makan dalam majlis-majlis adalah mocktail...

Rupanya ada gaya-gaya tertentu dalam menikmati sup..uniknya, cara menikmati sup adalah secara terbalik semasa menyudu sup..juga diajar cara untuk menyudu sup yang akhir..



Selain fine dining, 2 hari ini belajar cara penampilan diri dalam majlis rasmi dan etika berpakaian..banyak kali saya dipanggil menjadi model dalam kelas..tapi untungnya, banyak yang dipelajari bila dijadikan model dalam memilih jenis warna, cara berpakaian dan jenis-jenis warna untuk solekan..

Kesimpulannya, saya sangat  berpuashati sebab banyak persoalan mengenai protokol yg selama ini menyelubungi diri, terungkai sudah..






Tuesday, 5 November 2013


 Bismillahhirrahmanirrahim..first time buat blog..rasa gementar sedikit..x tau betul ke salah ni..hehe..apa pun, blog ni adalah tugasan yg perlu dilakukan untuk subjek Aplikasi Komputer..harap2 blog ni menepati kehendak Dr.... (kalau salah, aduyyaaii..hilang markah..hehe...)