London:
Surat cinta seorang kanak-kanak lelaki menjadi sensasi di Internet
selepas ‘kekasih hatinya’ itu memberi tindak balas cukup pragmatik.
Surat
budak itu yang dimuat naik ke Reddit kelmarin berbunyi: “Kepada Ashley
sudikah anda menjadi teman wanita saya? Saya sangat sukakan anda.” Dia
kemudian memberikan tiga pilihan ‘ya, tidak dan mungkin’ dengan meminta
Ashley memilih salah satu daripadanya.
Bagaimanapun, lebih menarik lagi Ashley turut menambah kanak-kanak itu akan menjadi pilihannya
untuk apabila dia dan Kyle memutuskan hubungan satu hari nanti.
“Itu mungkin berlaku dalam sebulan atau dua lagi,” katanya mengakhiri surat itu.
Surat
cinta monyet itu menjadi popular sebaik dimuat naik ke Reddit, semalam
dengan lebih 1.25 juta pembaca setakat ini. – Agensi

No comments:
Post a Comment