Hmm..dapat pun..malam tadi, sampai pukul 2.30 pagi saya cuba memuatnaik gambar pemandangan ni...bila melihat gambar pemandangan sebegini..hati saya selalu terdetik..di manakah lokasinya, dan adakah suatu hari nanti saya akan mampu ke sana..
Percaya atau tidak..dahulu saya pernah ternampak satu gambar pemandangan sungai berbatu hijau...saya agak pelik dan tertanya-tanya tetapi amat menyukainya..saya letak gambar tersebut di atas meja kerja saya..hasilnya, pada lawatan saya ke Indonesia hujung bulan Oktober 2013, saya terjumpa sungai tersebut di kawasan air panas Ciater, Bandung...betapa gembiranya hati saya kerana setelah 10 tahun, saya berpeluang menyaksikan sendiri kehebatan ciptaan Ilahi ini..








No comments:
Post a Comment