Hari kedua menulis blog..hmm..kita mulakan dengan aktiviti hari ini...
Hari ini hari kedua bengkel protokol..banyak rupanya yg masih saya tidak faham mengenai protokol terutamanya protokol semasa fine dining iaitu cara memegang garfu, pisau dan gelas, jenis-jenis gelas untuk air suam, jus sehinggalah mengenali gelas untuk menghidangkan arak..
Hmm...ni sangat menarik sebab walaupun air tu putih, jangan sangka air suam tetapi ianya adalah arak jenis vodka..kemudian, jangan ambil bila pelayan menyatakan itu adalah cocktail kerana cocktail adalah arak juga..istilah untuk cocktail yang biasa kita makan dalam majlis-majlis adalah mocktail...
Rupanya ada gaya-gaya tertentu dalam menikmati sup..uniknya, cara menikmati sup adalah secara terbalik semasa menyudu sup..juga diajar cara untuk menyudu sup yang akhir..
Selain fine dining, 2 hari ini belajar cara penampilan diri dalam majlis rasmi dan etika berpakaian..banyak kali saya dipanggil menjadi model dalam kelas..tapi untungnya, banyak yang dipelajari bila dijadikan model dalam memilih jenis warna, cara berpakaian dan jenis-jenis warna untuk solekan..
Kesimpulannya, saya sangat berpuashati sebab banyak persoalan mengenai protokol yg selama ini menyelubungi diri, terungkai sudah..




No comments:
Post a Comment